Monday, 10 December 2012

LELAKI PUKUL ISTERI DIPENJARA 3BULAN




PANAS MEMBARA(BIASA LAH ORANG MUDA KAN)

Kuala Terengganu:seorang suami yang mengaku salah mencederakan isterinya selepas mengsyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan adiknya ,suspek dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan oleh Mahkamah Masjistret semalam.
Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap MOHD FADLI CHE MANSOR,22,dari kampung Paya Teluk Ketapang Seberang Takir,disini.

MOHD FADLI dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan Rohana Rosli,22 dikampung yang sama pada jam 11 malam ,3 November lalu.Dia didakwa mengikut seksyen 23 kanun kesesaan yang boleh dihukum penjara maksimum selama 3tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
 Tiba-tia mengamuk

Susulan kejadian itu,mangsa berada dirumahnya sebelum MOHD FADLI tiba-tiba mengamuk dan mencederakan dibahagian kepala mangsa.
Mangsa membuat laporan di Blai Polis Gong Badak,sebelum keesokan harinya MOHD FADLI ditangkap dirumahnya  kira-kira jam 5 petang.

Hasil siasatan dijalankan,MOHD FADLI mengaku telah mencederakan mangsa di ruang tamu rumah mereka kerana tidak berpuas hati selepas mensyaki isterinya telah menjalinkan hubungan sulit dengan adiknya sendiri.

No comments:

Post a Comment